Sunday, September 25, 2011

Merantau Ke Kodiang




Rumah sewa aku.


Petang selepas kerja, saya menemui Cek Lah untuk bertanyakan tentang rumah sewa baru. Cek Lah mengajak saya pergi ke Kodiang untuk menemui Pak Japaq (Jaafar) di kampung Kubang Beruang.

Ketika saya dan Cek Lah pergi ke rumah Pak Japaq, kami bertemu dengan Pak Japaq di pekan Kodiang. Kelihatan Pak Japaq sedang melintas jalan bersama basikalnya untuk ke kedai kopi berhanpiran tempat saya dan Cek Lah menunggu.

“Assalam’mualaikum Pak Japaq…”, Cek Lah menegurnya.

“Waalaikumsalam…”, jawab Pak Japaq.

“Mai mana…”, Pak Japaq bertanya lagi.

“Saja la… mai cari pak Japaq… dah elok la jumpa kat sini”, jawab Cek Lah.

“Hai (Hal) apa tu…”, tanya Pak Japaq lagi.

“Nak tanya pasai (Pasal) rumah sewa… ada kosong ka…”, Cek Lah bertanya.

“Sapa yang nak dok…”, tanya Pak Japaq.
2 orang anak aku. 

“Ni… kawan saya, kerja sekali dengan saya…”, jawab Cek Lah.

“Ada satu tapi tak siap lagi… tinggai (Tinggal) sikit saja… nak dok bila…?”, kata Pak Japaq.

“Kalau boleh nak cepat la…”, saya mencelah.

“Banyak lagi ka yang tak siap tu…”, saya bertanya kepada Pak Japaq.

“Sikit lagi, tapi saya tak dan dit (Duit) nak bagi siap…”, jawab Pak Japaq.

“Boleh kita pi tengok…”, kata Cek Lah.

“Boleh… jom pi dulu, saya dengan geret (basikal) lambat sikit…”, jawab Pak Japaq sambil menuntun basikalnya.

Cek Lah  tahu kawasan rumahnya, jadi kami pergi dahulu dengan menaiki motor Vespa. Tidak jauh dari pekan Kodiang lebih kurang satu kilometer sahaja. Beberapa minit kemudian kami tiba di kawasan deretan rumah sewanya.

Di hujung sekali terdapat dua pintu yang masih belum siap, saya dan Cek Lah mendekati rumah yang belum siap sepenuhnya itu. Pak Japaq tiba dengan basikalnya dan terus menghapiri kami.

“Yang ni la rumah yang tak siap lagi tu… tinggai (Tinggal) sikit lagi…”, kata Pak Japaq.

“Macam ni la Pak Cik… saya beli papan dengan kayu… Pak Cik upah orang bagi siap, nanti jumlahnya kira bayar sewa rumah…”, saya memberi cadangan.

Saya berkenan dengan rumah itu lagi pun cuma tinggal sedikit sahaja yang belum siap iaitu dinding bahagian tengah antara dua pintu.

“Berapa sewanya Pak Cik…?”, saya bertanya lagi.

“Kalau dah sanggup nak beli kayu bagi siap, terima kasih banyak-banyak la…”, kata Pak Japaq.

“Kalau lapan puluh sebulan boleh ka…”, kata Pak Japaq lagi.

“Boleh kot…”, jawab Cek Lah.

“Lapan puluh kira boleh la Not (Nor) oiii…”, kata Cek Lah lagi.

“Boleh la pak cik… esok saya hantar kayu dengan papan…”, kata saya.

“Mai masuk rumah saya dulu, kita kena kopi…”, Pak Japaq mempelawa kami ke rumahnya di sebelah rumah yang belum siap itu.

“Yang dok ada tu enam puluh sebulan tapi semua ada orang sewa dah…”, kata Pak Japaq sambil duduk di ruang kaki lima rumahnya.

“Semua berapa pintu rumah sewa Pak Japaq…”, Cek Lah bertanya.

“Ada tujuh pintu… kalau dua tu siap ada 9 pintu”, jawab Pak Japaq.

“Yang nak sewa ni nama apa…”, Pak Japaq bertanya kepada saya.

“Oh ya… nama saya Nor…”, jawab saya.

“Not dah kawin…?”, tanya Pak Japaq.

“Dah… ada anak dua orang….”, jawab saya.

“Asai (asal) dari mana…”, tanya Pak Japaq lagi.

“Saya asai Gerik.. dah dekat 4 tahun dok Kodiang lama”, saya menjawab

“Dah lama la kerja dengan Cek Lah…”, tanya Pak Japaq.

“Dekat 4 tahun jugak (juga)…”, jawab Cek Lah.

Kelihatan seorang perempuan tua keluar membawa se talam kecil mengandugi 3 cawan air kopi dan di letakkan di meja kecil ruang kaki lima tempat kami berbual.

“Minum kopi saja la… cucoq (cucur) apa pun tak daq…”, kata Mak cik itu sambil menghulurkan air kopi kepada saya dan Cek Lah.

“Tak pa… “, jawab saya.

“Depa ni yang nak dok rumah kita…”, kata Pak Japaq memberitahu isterinya.

“Ya ka… tapi tak siap lagi la…”, kata Mak cik.

“Dan la siap kot…”, jawab saya.

“Cepat minum, dah nak malam ni…”, kata Cek Lah sambil menghirup air kopi yang masih panas.

Bersambung.....

Rahsia Menjana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Setiap Bulan . Tanpa Mesin , Tanpa Pejabat Dan Tanpa Pekerja???   Dapat ebook di sini.

No comments:

Post a Comment