Saturday, April 4, 2015

PANCING (bhg.1)


Hujan malam membasahi bumi di tanah rancangan, menyegarkan segala jenis tumbuhan dari rumput rumpai hinggalah ke pepohon yang besar semua itu perlukan air untuk hidup. Begitu juga yang dinamakan manusia termsuklah aku. Aku pasrah dengan takdir yang telah ditentukan oleh sang pencipta. Tapi sebagai manusia yang tidak pernah adanya kesempurnaan dalam menjalani kehidupan, aku terkadang lupa dan terbisik di hati kecil ku,

"hujan je.... Dah 4 hari tak motong, raya dah dekat?".

Aku menghirup sedikit air kopi yang sudah sejuk, bakinya aku biarkan dalam cawan. Aku membakar semula hujung rokok daun yang telah lama terpadam. 

Di luar hujan masih belum berhenti disusuli dentuman guroh yang sekali sekala mengejutkan. Aku melihat jam tangan berjenama Casio tanpa jarum, cuma tertera angka menunjukkan 2:25 AM.


,"masih awal lagi nak kejutkan Siti, nantilah pukul 4 baru aku kejutkan," bisik hati kecil aku.

Aku mengalihkan pandangan ke luar rumah melalui pintu dapur yang sedikit terbuka sambil menghirup sisa air kopi. Bulan ramadhan sudah mencapai pertengahan dan tak lama lagi syawal akan menjelma, persiapan untuk menyambutnya masih belum sempurna. Pakaian anak-anak masih belum dibeli lagi, persalinan buat si isteri juga masih belum disediakan. Pakaian aku? Pakai saja yang mana ada.

Masih awal lagi hendak kejutkan isteri untuk menyediakan makanan bersahur, nanti dalam pukul 4.00 pagi baru aku kejutkan semuanya. Aku mencapai jag kecil tidak jauh dari tempat aku duduk, air kopi masih ada lagi dan aku tuangkan kedalam cawan hingga habis. Walau pun air kopi itu sudah dingin tapi masih sedap dan menyegarkan.

Mungkin esok aku pergi memancing jika tidak menoreh, bukan jika tapi pastinya tidak boleh menoreh sebab hujan begitu lebat dan hingga ke saat ini pun masih belum berhenti lagi. Aku bangun dan mencari mata kail yang aku beli petang semalam, di atas para yang dibuat dari sekeping papan lama aku mengambil satu bungkusan kecil kertas surat khabar Cina yang mengandungi mata kail dan batu ladung yang dibuat dari Timah.

Tali tangsi sudah sedia ada walaupun sudah lama tapi masih boleh digunakan lagi. sementara menunggu jam 4.00 pagi dan sementara mata tidak mahu tidur baik aku ikat mata kail dan batu ladung ini siap-siap, esok aku cuma mencari jorannya sahaja di tepi sungai. Aku tidak mampu hendak membeli joran dan kekily yang mahal, memadailah joran batang bertam.

Setelah selesai semuanya, aku menggulung tali tangsi itu pada tin sardin kecil yang sudah kosong, kemudian aku letakkan di tepi pintu dapur supaya senang aku mencapainya esok pagi.

Jam hampir menunjukkan ke 4.00 pagi dan waktu ini amat sesuai untuk membangunkan isteri aku. Makanan waktu sahur perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mengejutkan anak-anak. Cuma makan nasi dengan telur dadar dan kangkung masak tumis kicap. Waktu bersahur bukan selera sangat walaupun lauk sedap kerana masing-masing dalam keadaan mengantuk.

Apabila semuanya sudah siap dimasak dan dihidangkan, isteri aku mengejutkan anak-anak untuk bersahur bersama-sama. Dua orang anak aku perlu belajar berpuasa walaupun baru darjah satu dan dua, manakala dua orang lagi anak aku masih kecil lagi. Aku tersenyum bila melihat gelagat anak-anak makan waktu sahur.

Selesai makan, masing-masing menyambung tidur di tempat masing-masing, si ibu menghabiskan kerja di dapur. Selesai kerja di dapur, si ibu juga menyambung tidurnya kerana subuh masih belum masuk waktunya. Aku bersandar di dinding sambil membalut daun rokok sementara menunggu azan subuh berkumandang. Bersambung...


1.    Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa 'dirindui' suami anda?
 Dapatkan maklumat lanjut PERCUMA !!!  Disini


No comments:

Post a Comment