Petang selepas kerja, saya menemui
Cek Lah untuk bertanyakan tentang rumah sewa baru. Cek Lah mengajak saya pergi
ke Kodiang untuk menemui Pak Japaq (Jaafar) di kampung Kubang Beruang.
Ketika saya dan Cek Lah pergi ke
rumah Pak Japaq, kami bertemu dengan Pak Japaq di pekan Kodiang. Kelihatan Pak
Japaq sedang melintas jalan bersama basikalnya untuk ke kedai kopi berhanpiran
tempat saya dan Cek Lah menunggu.
“Assalam’mualaikum Pak Japaq…”, Cek Lah menegurnya.
“Waalaikumsalam…”, jawab Pak Japaq.
“Mai mana…”, Pak
Japaq bertanya lagi.
“Saja la… mai cari pak Japaq… dah elok la jumpa kat sini”, jawab Cek Lah.
“Hai (Hal) apa tu…”, tanya Pak Japaq lagi.