Friday, August 19, 2011

Cerita Pak Tua..

Dari Bab 1.

Jika pak tua membaiki basikal di rumah, mak tua akan pergi ke laut mencari siput, lokan, kepah, gayam, siput timba dan barai, untuk di jual di pasar hari. Mak tua akan meredah hutan bakau, yang tidak jauh dari rumah, dengan membawa bakul yang dibuat dari buloh seorang diri.

Senja baru mak tua pulang ke rumah dengan membawa hasil laut. Pada ke esokkan harinya, pak tua akan membawa ke pasar hari, di pekan
Setiawan untuk di jual.

Mak tua begitu gigih, membantu pak tua untuk membesarkan anak angkatnya. Mak tua, tidak pernah duduk diam, masa di rumah mak tua akan mencari daun kelapa kering, diraut menjadi lidi penyapu untuk dijual.

Kehidupan pak tua dan mak tua, sama dengan kehidupan bapa dan ibu saya, sentiasa diselubungi kesusahan, penderitaan hidup dilaluinya dengan tabah demi membesarkan anak, beruntunglah mereka yang hidup dalam kemewahan dunia.

Pak tua pernah menceritakan kisah hidupnya masa mudanya, masa zaman jepun. Cerita pak tua, sama seperti yang pernah diceritakan oleh bapa saya.

Cerita pak tua. Masa itu pak tua dan bapa saya pergi ke pekan untuk membeli barang, tiba-tiba pak tua ditangkap oleh askar jepun dan membawa pak tua entah ke mana, bapa saya terpinga-pinga, cuma melihat dari jauh.

Pak tua dibawa ke satu tempat yang pak tua tidak tahu apa tempatnya, yang pak tua tahu di situ ramai orang yang hanya berseluar pendek tidak berbaju, sedang membuat kerja yang diawasi oleh askar jepun. Ketika itu pak tua sudah tahu yang pak tua akan dijadikan buruh paksa oleh tentera jepun.

Pak tua hanya mampu berdoa dan berserah diri kepada Allah, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, tangan dan kaki pak tua diikat dengan tali. Pada malamnya, pak tua di bawa ke tempat lain oleh askar jepun dengan menaiki kereta api entah ke mana.

Tiba di satu tempat pada waktu pagi, pak tua tidak tahu apa tempatnya, tempat itu sama dengan tempat semalam, ramai orang berseluar pendek tidak berbaju, bekerja membuat landasan kereta api.

Selepas diberi makan roti, seorang dari askar jepun memberikan seluar pendek kepada pak tua, diarah dengan menggunakan isyarat dan bercakap dalam bahasa jepun, yang pak tua sendiri tidak tahu apa maknanya.

Pak tua hanya menurut sahaja arahannya, kemudian pak tua dibawa ke tempat kerja dimana ramai orang sedang membuat kerja-kerja membina landasan kereta api. Wajah-wajah mereka kelihatan sedih, ada yang menangis sambil membuat kerja, ada yang tidak berdaya untuk berdiri, ada yang disepak terajang oleh askar jepun, kesihan mereka. Pak tua mula rasa takut bercampur sedih, apa yang pak tua bayangkan ialah, mungkin hidup pak tua berakhir di sini.

Seorang askar jepun berdiri didepan pak tua dengan muka bengisnya, dia mengarahkan pak tua mengangkat kayu-kayu dan diletakkan dihujung sana, pak tua mengikut arahan tanpa banyak bicara. Di tempat kerja tidak dibenarkan bercakap, jika melanggar peraturan di situ juga akan dibelasah, patutlah semuanya diam membisu. Cerita pak tua kepada saya.

Tengah hari masa untuk makan, semua pekerja kena beratur untuk mendapatkan makanan, hanya bubur nasi bercampur sayur sawi, sedap atau tidak pak tua makan sahaja kerana di situ tidak ada pilihan makanan. Selepas makan pak tua dan semua pekerja di kerah ke tempat kerja hinggalah senja baru berhenti.

Malam itu pak tua menegur salah seorang dari kumpulan pekerja, kelihatannya seperti orang Melayu. Bermulalah perbualan pak tua dengan kawan baru pak tua, dari ceritanya kini pak tua sudah berada di Singgapura.

Allah sahaja yang tahu perasaan pak tua ketika itu, jauhnya pak tua dari keluarga, bolehkah pak tua kembali semula bersama keluarga, pak tua tidak tahu apa yang berlaku pada keluarga, pak tua kini dalam tahanan askar jepun entah sampai bila.

Tempat ini ibarat neraka, pak tua telah dihukum tanpa dibicarakan, kepada siapa pak tua nak minta bantuan dan pertolongan, air mata pak tua berlinangan membasahi pipi, pak tua tidak pernah menangis sebelum ini.

Pak tua tidak ada ayah dan ibu lagi, kerana mereka sudah meninggal dunia semasa pak tua masih kecil, yang ada dua orang adik seorang lelaki (bapa saya) dan seorang perempuan (mak cik Tukiyah) yang dijaga oleh bapa angkatnya, harap-harap mereka selamat, jika umur masih panjang dapat bertemu lagi dengan keluarga.

Hari-hari yang sukar terus dilalui, antara sedar dan tidak rupa-rupanya pak tua sudah hampir 2 bulan di situ. Selama tempoh itu pak tua tidak ada khabar berita dari keluarga, hinggalah pak tua didatangi oleh askar orang putih dan membawa pak tua dan semua pekerja ke sebuah kem tentera di Singgapura.

Pak tua di beritahu oleh rakannya, semua sudah bebas dan boleh pulang ke kampung halaman masing-masing. Masa itu pak tua sangat gembira dan bersyukur kepada Allah yang tidak terhingga kerana dapat berjumpa dengan keluarga semula, tapi bagaimana? Pak tua hanya memakai seluar pendek tidak berbaju…?

Seorang askar orang putih bertanya sesuatu kepada pak tua dalam bahasa orang putih, pak tua tidak tahu bahasa mereka, tapi pak tua dapat memahami melalui isyarat tangannya, dia menghulurkan seluar dan baju T berwarna hitam, pak tua menerimanya
Bersambung.....


Rahsia Menjana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Setiap Bulan . Tanpa Mesin , Tanpa Pejabat Dan Tanpa Pekerja??? Dapatkan ebook di sini.

No comments:

Post a Comment