Friday, August 19, 2011

Hukuman Ponteng Sekolah...

Dari Bab 3.

Perjalanan ke sekolah dengan beramai-ramai akan membuatkan kami selalu lambat sampai ke sekolah, jarang sekali kami sampai awal. Jarak dari rumah ke sekolah 3-4 batu lebih jika mengambil jalan pintas, meredah kebun dan belukar.

Jika melalui jalan raya hampir 6 batu jauhnya. Setiap pagi kami akan melalui kebun getah orang Cina dan melintasi belukar yang sunyi dan menakutkan. Lebih-lebih lagi
waktu pulang dari sekolah.

Suatu hari, 2 kawan saya tidak dapat ke sekolah, saya dan adik serta sepupu agak lambat sedikit ke sekolah, kerana awal pagi itu hujan rintik-rintik, kami menunggu hujan berhenti, hujan tidak lebat, jadi nenek menyuruh kami pergi ke sekolah juga. Setelah sampai di kawasan kampung, kami sudah terlambat hampir setengah jam dari waktu masuk kelas.

Kami sudah sedia maklum, jika kami terlalu lambat sampai, pasti kami akan di hukum oleh cekgu, sedangkan selama ini, kami terlewat sedikit pun, kena berdiri atas bangku, dan di sorak beramai-ramai.

Saya dan sepupu membuat keputusan, untuk tidak terus ke sekolah, kami bersembunyi di belukar berhampiran kampung, hendak pulang takut dengan nenek, jadi kami akan pulang waktu habis sekolah.

Kami bersembunyi di bawah titi berdekatan rimba, tiba-tiba bapa saudara saya (Azali), yang entah dari mana datangnya, muncul di depan kami dan mengarahkan kami pulang ke rumah. Dengan rasa takut, kami pulang dengan diiringi oleh bapa saudara hingga ke rumah.

Setibanya di rumah, kami diserahkan kepada nenek, dan dengan pantas, nenek membuka pakaian saya dan sepupu, tanpa seurat benang di tubuh, kami berdua diikat pada pokok getah, nenek mencari sarang semut kerengga dan di letakkan kepada kami berdua. Adik Yah terlepas dari hukuman, kerana adik masih kecil dan cuma mengikut sahaja.

Masa itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu azabnya, tanpa pakaian, kami digigit oleh semut kerengga diseluruh tubuh, yang paling menyakitkan bila digigit di bahagian sulit.

Kami menjerit sekuat hati meminta tolong dan meminta diampunkan serta melepaskan kami, kerana tidak tertahan dengan gigitan semut kerengga, yang sedang mengganas, kerana sarangnya diganggu, tapi rayuan kami tidak diindahkan, malahan nenek mencari lagi sarang kerengga untuk ditambah.

Seluruh tubuh kami, dipenuhi gigitan semut kerengga, kami tidak berdaya hendak menepisnya, kerana kaki dan tangan kami diikat, jeritan kami sudah tidak kuat, kerana kehilangan suara.

Air mata sudah kehabisan, tenaga semakin lemah.

“Aduh…tolong.. Aduh…tolong..”.

Itu sahaja yang kami berdua mampu luahkan, semut kerengga terus menyerang habis-habisan. Dengan cuaca yang panas terik, kami dibiarkan tanpa makan dan minum.

Nenek dan bapa saudara hanya memerhatikan kami, seolah-olah menunggu kami mati sahaja. Itulah yang saya fikirkan masa itu. Ibu dan bapa saya tidak ada di rumah kerana masih berada di kebun.

Kami berdua berada di tempat hukuman itu hingga tengah hari, suara sudah tidak mampu dikeluarkan lagi. Hinggalah bapa saudara saya, pak cik Ayub yang pulang dari tempat kerja, terkejut melihat keadaan kami berdua, lantas membuka ikatan, sambil menepis-nepis semut kerenga di badan kami, tanpa menghiraukan nenek yang sedang marah kepada pak cik Ayub, kerana melepaskan kami.

Kami dipimpin masuk ke dalam rumah, diberikan pakaian, disapukan minyak di badan kami, diberikan air minum. Badan kami berdua sudah lebam-lebam dan luka kerana gigitan semut kerengga.
Bersambung....

Rahsia Menjana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Setiap Bulan . Tanpa Mesin , Tanpa Pejabat Dan Tanpa Pekerja??? Dapatkan ebook di sini.

No comments:

Post a Comment